Seminar Interaksi Anak Syurga

 

Pihak AE Autism Services menganjurkan Seminar Interaksi Anak Syurga pada 27hb Mac dan 28hb Mac 2021.

Alhamdulilah, banyak perkara yang dikongsikan bersama ibu-bapa dan tadika-tadika dalam menjaga dan mendidik anak-anak syurga.

Antara perkara-perkara yang dikongsikan semasa Seminar Interaksi Anak Syurga berlangsung:-

OT VEE: Peringkat/tahap dan perspektif kanak-kanak autisme dan cara-cara merawat mereka.
Madam Eryn: Merungkai norma keibubapaan dalam mendidik kanak-kanak autisme.
Encik Zaid: Ibu-bapa dalam memupuk ‘genius’ dalam anak-anak.
Hema Gunasagaran: Meningkatkan komunikasi dua hala antara guru-guru, ibu-bapa dan kanak-kanak autisme.
Mama Danish: High Functioning Autism (HFA) dan Low Functioning Autism (LFA)
Teacher Zafirah: Berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan dirumah untuk anak-anak autisme berdikari, meningkatkan tahap perhatian dan merangsang komunikasi.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah-penceramah yang terlibat.

Segala perkongsian diharap sedikit sebanyak membantu ibu-bapa dan tadika-tadika dalam mendidik anak-anak syurga!