Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa kesemua sesi therapy termasuk sesi online therapy yang dijadualkan bermula esok terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal yang tidak  dapat dielakkan.

Kami akan beroperasi semula selepas tempoh PKP berakhir.

Segala info-info terkini akan kami maklumkan dari masa ke semasa.
Seandainya ibu bapa ada persoalan boleh diajukan kepada Pengurus Miera 012-9700805.

Kami amat kesal atas kesulitan ini.

Sekian, harap maklum.

“If they can’t learn the way we teach, we teach the way they learn.”

Happy Autisme Day 😍. We love we care 💙.

 

Assalam & Salam Sejahtera.
Kepada Ibu Bapa yang disayangi,

Seperti yang kita semua sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengisytiharkan pelanjutan tempoh PKP daripada 31/3/2020 kepada 14/4/2020 sebentar tadi.
Sehubungan pelanjutan tempoh tersebut, AE AUTISM HOME THERAPY juga terpaksa akur dengan arahan ini maka, Center kami terpaksa ditutup sehingga habis tempoh PKP.
Untuk makluman ibu bapa, tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu akan dibuka semula pada 15/4/2020.
Pihak kami amat berduka cita dengan musibah yang melanda. Marilah sama-sama kita berusaha dan berdoa agar Negara pulih seperti sediakala.

Sekian, terima kasih.